“Sebelum memulakan langkah-langkah ini, pastikan anda sudah :
1) Download perisian SPPTKSV7 dari www.mpm.edu.my/perisian
2) Extract fail .zip tersebut dan telah install Daftar PTK Sesi Jun 2010.exe
3) Download data emis5.
4) Unzip dan simpan fail-fail .txt tersebut dalam C:\Dataonline
Jika proses-proses sudah dibuat, anda cuba double click fail Salin Data EMIS.bat yang terletak dalam folder C:\SPPTKSV7. Selepas itu, mulakan sistem PTK (ikon kat desktop) dan cuba gabung data. Saya mendapati ada ralat semasa proses ini, [jika tiada ralat, teruskan dengan pendaftaran PTK ] untuk menyelesaikan masalah ini ikuti beberapa langkah seperti di bawah.
1) Copy fail Emis5.zip ke dalam folder C:\SPPTKSV7 . Fail Emis5.zip ini perlu dimuat turun dari EMIS Online.
2) Cari fail yang bernama ekspstaf.txt dalam folder C:\Dataonline, dan paste dalam folder C:\SPPTKSV7.
3) Cari fail ekspsekolah.txt dalam folder C:\Dataonline dan copy fail itu di desktop.
4) Tukar nama / rename fail ekspsekolah.txt di desktop kepada ekspseko.txt
5) Selepas rename, copy fail ekspseko.txt ini ke dalam C:\SPPTKSV7.
Kini anda boleh mulakan sistem dan gabung data tanpa ralat.
Selamat mencuba dan balas.