Blog Layout Frontpage

The News

SARA 1Malaysia - Saham & Borang

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia

  • Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur 18 hingga 58 tahun
  • Mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3000
  • Pemohon mestilah tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  • Pemohon atau/dan pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul mestilah bersamaan atau kurang dari RM10,000.
  • Status unit amanah ASNB tidak bermasalah
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja

Cara Memohon (borang Perhohonan) SARA 1Malaysia  >>> Klik sini untuk download BORANG

  • Untuk membuat permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, pemohon perlu mendapatkan borang permohonan dimana-mana salah satu cawangan bank yang terlibat dengan perlaksanaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula 30 Januari 2012.
  • Borang permohonan yang telah siap diisi perlu diserahkan kembai kepada pihak bank untuk semakan. Bank yang terlibat dengan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia adalah Maybank, CIMB, RHB dan BSN
  • Sila bawa bersama dokumen asal serta salinan yang telah disahkan iaitu :
  • MyKad Pemohon beserta 2 salinan
  • MyKad pasangan (Jika berkenaan) beserta 1 salinan
  • Bukti pendapatan ( 1 salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini dan  1 salinan penyata bank 3 bulan terkini)

Pilihan Cara Pelaburan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia :

Ada 2 pilihan di sini iaitu samada melalui pinjaman ataupun pelaburan tunai daripada simpanan anda sendiri untuk membuat pelaburan dalam skim Sara 1Malaysia ini:

1. Melalui Pinjaman Bank:

  • Gaji bawah RM3,000 – buat pinjaman RM5,000
  • Bulan-bulan dapat RM134 (pulangan tetap) daripada pelaburan RM5,000 pelaburan yang anda buat pinjaman
  • Bayaran bulanan untuk pinjaman sebanyak RM5,000 yang dilakukan terhadap mana-mana institusi kewangan adalah sebanyak RM84
  • Pendapatan bersih setiap bulan yang diterima adalah sebanyak RM50 (pendapatan bulanan – bayaran kepada bank) (RM134-RM84)

2. Pelaburan Tunai :

  • Bayaran tunai RM5,000 kepada kerajaan sebagai pelaburan
  • Pendapatan bulanan bersih adalah sebanyak RM134  (pulangan tetap) selama 5 tahun
  • Bermakna pelabur boleh untung, sehingga 2.68% sebulan

Tempoh permohonan SARA 1Malaysia adalah selama setahun bermula dari tarikh pelancaran Skim Amanah Rakyat 1Malaysia SARA 1Malaysia, atau sehingga kesemua peruntukan pembiayaan habis dilanggan yang mana lebih awal.





Jadual Waktu 2012 Online

Kini anda boleh menyemak / mencetak jadual waktu anak anda melalui Laman Web Sekolah kita. Harap maklum bahawa tugas untuk menepati masa dan subjek yang ditetapkan dalam jadual waktu ialah TANGGUNGJAWAB murid. Oleh yang demikian, pihak pengurusan STS berharap agar sebaik sahaja sesi persekolahan bermula, anda telah bersedia dengan buku-buku yang diperlukan. Pihak sekolah juga berharap supaya guru-guru tidak perlu lagi membazirkan masa melayani sikap tidak bertanggungjawab segelintir pelajar yang terlupa membawa buku dan tidak menyiapkan kerja sekolah. Di harap para ibubapa / waris / murid dapat menggunakan Jadual Waktu Online dan membawa buku-buku yang diperlukan.

Klik sini Untuk melihat Jadual Waktu ( Pilih kelas di ruangan " Classes" )

Jadual waktu online juga boleh dilayari dengan Klik " Jadual Waktu" di ruangan Pautan.

More Articles...

Page 1 of 71

Start
Prev
1