Pasukan Olahraga

 

mssd

Kejohanan MSSD Kuala Muda/Yan 2010.

Tahniah & Syabas kepada atlet STS yang mengharumkan nama sekolah dan PKG Sg Layar di Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah (MSSD).

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada atlet sekolah yang mewakili PKG Sg Layar dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah Kuala Muda / Yan. Atlet sekolah kita telah menyumbangkan 2 pingat emas, 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa bagi kontigen PKG Sg Layar. Sekolah kita merupakan sekolah yang berjaya menyumbangkan pingat terbanyak bagi kontigen PKG Sg Layar pada Kejohanan MSSD tahun ini. Pihak Pengurusan Sekolah merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah serta berbangga dengan kejayaan cemerlang unit Kokurikulum (Olahraga) tahun ini. Adik-adik yang memenangi pingat dalam kejohanan ....


Adik Meenaloshini
Emas : Acara 100m & 200m
Perak : Acara 4 X 200m
Gangsa : Acara 4 X 100m

 


Adik Previn Kumar Adik Kirthana
Perak : Acara Lontar Peluru Keempat: Acara Lari Halangan (Hurdles)




 


 


Kolej PTPTL

Pasukan Olahraga Sekolah 2010.

Atlet-atlet muda ini telah mengharumkan nama sekolah di Kejohanan Olahraga Peringkat PKG Sg Layar.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada bintang-bintang muda kita yang telah merangkul 4 pingat emas di Kejohanan Olahraga Peringkat PKG Sg Layar baru-baru ini. Usaha mereka telah meletakkan STS (SJKT Saraswathy) antara dua sekolah yang paling banyak memenangi pingat emas dalam kejohanan kali ini. Ia merupakan kejayaan yang berharga bagi unit kokurikulum (sukan & permainan) setakat ini. Pihak Sekolah juga merakamkan terima kasih kepada guru-guru yang melatih mereka. Adik-adik yang memenangi pingat dalam kejohanan ....

Preview Gambar


Adik Meenaloshini
Emas : Acara 100m & 200m

 

Adik Kirthana
Emas : Acara Lari Halangan (Hurdles)


Adik Previn Kumar
Emas : Acara Lontar Peluru

.