Info Ucapan GB

Ucapan Guru Besar

Ucapan Guru Besar

Dengan gabungan usaha guru-guru STS maka dapatlah melahirkan laman web yang baru ini. Laman Web rasmi sekolah akan mendokumentasikan segala kejayaan dan aktiviti sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan program tahunan sekolah sepanjang tahun.


Dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), ilmu pendidikan sentiasa berubah, canggih dan mencabar pencapaian cemerlang dan berkualiti dalam semua bidang sudah menjadi matlamat dan harapan sekolah dan ibu bapa Justeru, untuk merealisasikannya semua murid, pendidik dan ibu bapa hendaklah sentiasa memberi perhatian yang serius dan kerjasama yang jitu bagi mencapai kejayaan.


Akhir kata, terima kasih sekali lagi semoga laman web sekolah ini akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak supaya murid yang berilmu, kreatif dan produktif dapat dilahirkan. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama melaksanakan apa yang dikehendaki oleh arus kemodenan. Slogan Pendidikan Cemerlang, Sekolah Gemilang dan Negara Terbilang - harus kita juang bersama.